Laman Akademi Tentera Malaysia Dit UTM Skudai
-
PENGENALAN
ATMA DIT UTM SKUDAI

-




Ringkasan
         Akademi Tentera Malaysia atau ATMA ditubuhkan dengan wawasan 
     untuk melahirkan pegawai-pegawai Angkatan Tentera sebagai pemimpin 
     yang berilmu, berakhlak mulia, mengamalkan budaya ketenteraan, 
     cekap dan dapat menyumbang tenaga kearah pembangunan pertahanan negara. 
    
         Akademi ini diwujudkan melalui program kerjasama di bidang 
     pendidikan di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan 
     Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Akademi telah memulakan pengambilan 
     pertamanya pada semester Julai sesi 1995/96.

Lokasi
         Akademi ini berpusat di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Siswa Akademi 
     yang berstatus Pegawai Kadet akan mendapat semua kemudahan yang 
     disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
 
         Terdapat satu lagi cawangan atau Dit ATMA terletak di UTM Skudai. 
     Terletak di Kolej Tuanku Censelor, KTC (Dulu Kolej 6) dan 
     di Kolej Tun Dr Ismail dengan masing-masing 6 dan 4 buah blok 
     menjadi kediaman Siska ATMA. Namun kini hanya KTC menjadi kolej kediaman
     para Siska disamping pelajar-pelajar UTM yang lain.

         Dit ATMA ini diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Mejar dan 
     dibantu oleh lain-lain pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP).


Wawasan ATMA
         Untuk melahirkan pemimpin yang berilmu, berakhlak mulia, 
     mengamalkan budaya ketenteraan, cekap dan dapat menyumbang tenaga 
     ke arah pembangunan pertahanan negara.

Objektif ATMA
  1. Untuk mempertingkatkan bilangan pegawai ATM yang berpendidikan tinggi di peringkat ijazah.
  2. Untuk melatih pemimpin yang berteraskan budaya ketenteraaan.
  3. Untuk memperluas dan mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di bidang pertahanan negara.